hijrah satu pengorbanan
ana berminat dengan perkataan hijrah…apa maksud hijrah ni? Semua orang tahu maksud hijrah…iaitu berpindah.. ada orang yang berhijrah dari Malaysia ke mana-mana mereka suka sama ada di dalam mahupun di luar Negara…ada juga yang berhijrah dari yang buruk kepada yang baik…ha..yang ni bagus… tapi kalau berhijrah dari baik ke buruk.. anda rasa? Ana pasti semua akan cakap tak baguss..
Ana cukup tertarik dengan penghijrahan dari buruk kepada yang baik..ana rasa tak semua orang yang mampu nak berhijrah dengan hijrah yang sebegini..berdasarkan pengalaman ana..hijrah yang sebegini takkan terjadi kecuali bila Allah bagi teguran pada hambanya..ana ada seorang sahabat... cantik..bijak..malah sering menjadi tumpuan di tempat ana belajar.. setiap kali sahabat ana ini jalan di café kolej..atau dimana-mana saja kawasan kolej pasti ada mata-mata yang memandang..maklumlah orang cantik..bijak pulak tu..tambahan pula sahabat ana ni peramah..
Satu hari selepas kami menduduki final exam..ana tanya sahabat ana.. “amacam exam tadi ?ok ?” “la…senang gila you..i rase nak buat lagi.. kacang sangat soalan tadi tu..” itulah jawapan yang akan dia beri setiap kali lepas exam.. dan setiap kali result keluar sahabat ana tulah yang akan berada dalam ranking teratas yang mendapat highest mark.. rezeki dia.. alhamdulillah.. keputusan ana pulak takdelah corot..tapi kalau nak compare dengan sahabat ana yang sorang ni memang ana yang kalah..hee..
Ana selalu hang out ngan dia..pergi mana-mana pun dengan dia je.. tapi satu hari sahabat ana tu tiba tiba berubah..ana pun pelik..sejak2 ada boyfriend ni makin dia lupa kat ana..makin lama makin jauh dengan ana.. akhirnya… ana yang asyik usha2 dia dari jauh..walau terserempak kat dalam kolej die just ignored me.. hm.. ana asyik Tanya pada diri ana… ana ada buat salah ke? Tiap2 hari ana tak jemu berdoa pada Allah mintak petunjuk.. ana bukan apa..ana ni jenis yang tak boleh kehilangan kawan.. bagi ana kawan tu adalah segala-galanya.. tapi ana ni jugak jenis yang memilih kawan.. hee..tu yang tak bagus tentang ana.. bukan apa..ana takut salah pilih kawan.. ibu ana selalu pesan..pilih kawan yang boleh bimbing kita ke jalan Allah.. sampai sekarang ana ingat pesan ibu ana…
Hm..berbalik pada sahabat ana tu..sebenarnya ana dah lama tak Nampak dia.. Tanya kawan2 hot dia semua jawab tak tahu.. ana contact dia tak berbalas.. dia hilang macam tu je! Hm..pelik..then ana mintak lagi petunjuk Allah.. ana mimpi sahabat ana tu dengan wajah yang mengerikan..muka dia melecur teruk.. ish takut ana tengok muka dia dalam mimpi.. esoknya ana call ummi dia.. ada terkejut dengar berita hari tu..masyaAllah.. apa yang ana mimpi malam tadi betul2 jadi kenyataan..sahabat ana tu dimasukkan ke hospital atas sebab kemalangan.. disebabkan kemalangan tu lah sahabat ana kehilangan wajahnya yang cantik.. bila ana tiba di hospital ana mengucap panjang.. sahabat ana yang dulunya sering dipuji-puji dengan kecantikan sekarang dah berubah wajah…ana menangis tengok sahabat ana macamtu.. ana sedih sangat kenapa Allah bagi ujian yang berat untuk sahabat ana..
Sahabat ana selalu cakap… “isya..muka I dah tak lawa.. kalau boyfriend I tengok…kawan2 kat kolej tengok mesti dorang lari.. kenapa I dapat ujian macam ni sya?? I nak muka I yang dulu..” hm.. ana hanya mampu jawab “sabar la u..Allah sayang u..thats why DIA bagi ni kat u..percaya lah..Dia sayang kat u..” ana faham perasaan sahabat ana tu..dalam saat-saat macamni dia perlukan sokongan yang penuh..
“hm..isya..u tak marahkan I ke sebab tinggalkan u dulu? I am so sorry isya..” ana jawab.. “ ana sikit pun tak kisah..pada mulanya memang sedih sebab hilang kawan..tapi ana kuat sebab Allah..” lalu sahabat ana menggenggam kuat jari ana.. “isya..you nak tahu kenapa I accident? Sebab I lawan cakap ummi i.. I buat tak endah je bile ummi cakap jangan kawan dengan that boy.. I sanggup gaduh ngan ummi sebab laki tu..malam tu I dah janji ngan that boy nak g cinema..and nak pinjam kereta ummi..tapi ummi tak bagi.. I degil.. I rampas kunci kereta dari ummi..i tolak ummi sampai jatuh.. tapi I tetap buat bodoh je.. then I terus jumpa that guy..
Dalam kereta I ngan dia borak-borak macam biasa..tapi lepas tu dia cuba nak pegang2 i.. I dah warning jangan sentuh i…tapi makin menjadi2 pulak..then I jerit..i marah die..time tu lah I lost control..then…jadi lah macamni.. I sedar2 je I kat sini.. I tak tahu mana that guy tu pergi.. I rasa berdosa sangat dengan ummi sya.. I ni anak derhaka sya..tak ikut cakap ummi..” luahan hati sahabat ana… ana pesan pada sahabat ana..bertaubat selagi masih sempat..kita tak tahu bila ajal kita..entah esok..entah lusa..itu semua kerja Allah..
5 bulan lepas kejadian tu..ana tengok sahabat ana makin lama makin sihat…makin positive.. tu lah yang ana nak… sahabat ana tu sekarang dah tak kawan dengan kawan-kawan hot dia tu..maklumlah..taknak pisang berbuah 2 kali.. ana bersyukur sangat sebab Allah makbulkan doa ana.. ana harap ana tak hilang kawan lagi.. ana sayang sahabat ana.. ya Allah kau ikhlaskanlah hati kami untuk berkawan kerana Mu..
Ana doakan penghijrahan sahabat ana ni akan terus berkekalan.. ingatlah semua.. kalau Allah sayangkan kita..Allah akan turunkan musibah..bencana dan bala untuk kita.. sebenarnya Allah rindu pada doa2 kita.. sebab tu Allah bagi teguran dengan musibah..lepas tu Allah nak suruh kita buat keputusan sama ada tetap nak berada dijalan yang sama ataupun di jalan yang baru yang pastinya ada sinar.. jadi..kita harus pandai buat pilihan.. di pengakhir hidup kita hanya ada 2 destinasi… syurga..atau neraka… mana satu pilihan anda????? Tanya lah iman anda…
P/s: cerita ana ini untuk dijadikan pedoman buat anda semua…mana yang baik itu semua dari Allah..dan mana yang buruk itu datang dari ana… wallahua’lam..
No comments:
Post a Comment