isabella -MAULANA MUHAMMAD SAEED DEHLVI-
Alhamdulillah syukur Ya allah...ana telah habiskan membaca novel yang sangat memberi makna dalam kehidupan ana.... islam itu indah dan islam adalah agama yang sebenar2nya... alhamdulillah...terima kasih pada saudari mimie mizah kerana telah memberi novel ini pada ana... syukran ya ukhti... :)
Isabella adalah mengenai kisah seorang anak ketua paderi di Sepanyol yang bernama Isabella. Telah diajarkan dengan ajaran dan fahaman agama Kristian dengan jitu sedari kecil lagi. Pada suatu hari, Isabella terdengarkan perbualan dua orang Muslim mengenai agama Kristian. Perbualan dua anak muda itu yang bercerita mengenai agama Kristian telah menarik minat Isabella untuk mendengar lebih lanjut. Sehingga pada suatu ketika, dua anak muda itu telah berbicara mengenai kekeliruan-kekeliruan yang terdapat di dalam agama Kristian dan bagaimana kecelaruan yang terjadi terhadap pegangan penganutnya, lalu mengakibatkan Isabella yang mendengar, timbul persoalan di dalam hatinya mengenai kekeliruan yang dibangkitkan oleh dua orang pemuda tersebut.
Bermula dari situlah berlakunya beberapa siri pertemuan antara pihak gereja Kristian dengan agamawan Islam berdialog dan berhujah mengenai persoalan yang dibangkitkan. Dan dari situ juga, Isabella perlahan-lahan dapat menerima kebenaran agama Islam dan menyedari kesesatan serta kekacauan yang terdapat di dalam agama Kristian yang dianutinya.
Isabella kemudian memeluk agama Islam. Lalu mendapat tentangan dari kaum keluarga serta pihak gereja. Mujur Isabella mempunyai sahabat-sahabat yang cintakan kebenaran dan telah bersama membantu menyelamatkan Isabella dari kurungan para paderi sebagai tindakan menghukumnya yang telah keluar dari agama Kristian.
Novel ini adalah novel teologi. Memperkatakan perihal ketuhanan dari dua agama. Sarat dengan pengetahuan-pengetahuan dan ilmu-ilmu mengenai agama Islam dan Kristian.
Buku yang mengandungi dialog antara penganut Kristian dan ulama Islam mengenai perihal ketuhanan. Dialog-dialog seperti siapakah Tuhan yang sebenarnya, Jesus sebagai penebus dosa kaumnya, kitab Al Quran dan Bible, perselisihan ayat-ayat di dalam Bible, dan sebagainya.
Buku yang menerangkan seribu satu kekeliruan dan kesalahan yang terdapat dalam ajaran Kristian yang tidak dapat dijawab oleh penganutnya sendiri. Begitu juga dengan novel Isabella ini. Berlaku beberapa dialog antara orang Islam dan Kristian yang mana hujah-hujah mengenai ketuhanan dan ajaran agama tidak didapat dijawab oleh paderi-paderi Kristian.
Novel Isabella ini bukan sekadar novel yang bercerita mengenai kisah seorang Kristian masuk Islam, tetapi lebih mendalami apa itu ajaran Kristian dan Islam supaya pembaca dapat melihat dan menilai serta menentukan kebenarannya sendiri.
No comments:
Post a Comment