Ramadhan terakhir…. Di kampung halaman…
Alhamdulillah Ya Allah…engkau masih mahu menunjukkan perasaan belas pada kami sekeluarga… kami tahu saat musibah melanda kami..itu tandanya Engkau masih ingat pada kami.. Ya Allah kami tidak menyalahiMu kerana banjir pagi tadi…malahan kami tambah bersyukur.. siapa kami ini Ya Allah untu melawan “kun fayakun” Mu itu.. walaupun tidak lah setinggi mana pun air yang naik…tapi kami masih lagi bersyukur kerana barang-barang tidak ada yang rosak… Alhamdulillah… dan Alhamdulillah kerana kami mampu untuk berpuasa hari terakhir ramadhan ini..
Rumah atok ana dah lama tak naik air macam ni…malam tadi hujan dari pukul 1 ..lebat sungguh… pukul 3 atok nek ana bangun nak masak nasi tok bersahur…on the way nak ke dapur tu…masyaallah….. mangkuk2..semua terapung…pinggan dan cawan yang sudah dibasuh bersih habis..kotor.. atok nek ana dah tak mampu nak cakap ape… tok nek duduk termenung..mungkin mengenang hari esok nak raya… then tok nek ana berdoa..ana hanya melihat dari jauh sahaja… sedih muka tok nek ana tengok… sabar ye tok..ni kan dugaan untuk kite…
•
Selepas hujan berhenti.. kami pun timba air ke luar rumah…hampir 2 jam jugak lah nak habiskan air dalam rumah.. nasib baik lah ramai yang dah balik uma tok nek..so cepatlah sikit settle..hm…sambil bersihkan rumah sambil bersahur..
Hm…tiada kerosakkan harta benda…dan tiada kehilangan apa2..Cuma ana hilang selipar je… habis hanyut dibawa arus… hm… apa yang menimpa kami pagi tadi hanya dugaan yang kecil je.. ana bersyukur kerana masih dipanjangkan umur…masih boleh menghirup udara yang serba percuma..dan nyawa2 kami masih selamat..alhamdulillah….
Ana tahu di luar sana lebih teruk dugannnya… ye la..Allah nak uji kita… sebab Allah tahu kita kuat dan tabah hadapinya.. jadi..apa2 pun bencana ataupun dugaan yang menimpa kita selepas ini…jangan lupa ucap…ALHAMDULILLAH…….makin kita bersyukur..makin besar nikmatnya..wallahua’lam…
No comments:
Post a Comment