skip to main | skip to sidebar

.

assalamualaikum semua..salam maal hijrah akhi dan ukhti.. macam mana dengan tahun baru ni?? moga diberkati dan juga diredhai Allah.. cuya nak share sumthing sempena maal hijrah ni... hehe..jom buat perubahan ye bg ukhti2 yg solehah tu.. :) please read this....

"Ala. Nanti tak de style lah kalau pakai tudung lagi labuh!," rungut Suraya dengan mimik muka yang cukup masam. Farah yang mendengar kata-katanya itu cuma tersenyum.

"Style macam mana yang Suraya nak?," Farah bertanya kembali, masih utuh dengan senyumannya.

"Ye la, kalau pakai tudung labuh, mana ada style dah! Imagine pakai tudung bawal 60 inci tu, nampak macam pakai telekung je. Corak kosong pulak tu. Boring. Plain," rungut Suraya lagi. Jari jemarinya menguis-nguis kesan pelekat di permukaan meja.

Farah yang masih dengan senyumannya, menyambung bicara Suraya "Tak salah Suraya berselendang. Boleh untuk Suraya berselendang," Bicaranya kali ini membuatkan Suraya memandangnya dengan dahi berkerut. Melihat akan reaksi Suraya, lantas Farah menyambung bicaranya.

"Cuma pastikan selendang itu cukup labuh untuk menutup bahagian dada yang patut ditutup, dan janganlah selendang itu transparent sehingga menampakkan bentuk leher dan warna kulit. Labuhkanlah. Pakailah apa sahaja jenis selendang yang Suraya mahu, cuma pastikan ia menutup aurat Suraya," katanya sambil memberikan senyuman manis.

Islam itu agama yang mudah dan tidak menghalang fitrah manusia. Lebih indah, ia menyediakan landasan-landasan tertentu agar fitrah manusia itu tidak melampaui batas dan akhirnya akan mendatangkan kerugian kepada diri sendiri.

Hakikatnya, memiliki kehidupan yang berteraskan syariat Islam itu terasa sangat indah. Terasa hidup seperti terpandu dan tiada sesat untuk menuju ke pengakhiran yang bakal tiba.

Namun adakalanya, manusia mudah terbabas dek hanyut dengan nikmat dunia yang sementara. Iman pula ada pasang surutnya, dan implementasi ibadah pula ada tinggi turunnya.

Naik turun itu lumrah, namun apabila kita dapat merasakan kita berada di tahap rendah, berusahalah untuk naik kembali! Apabila merasakan hati yang tidak tenang, mungkin itu sebenarnya petanda iman semakin dihakis. Berusahalah untuk meneguhkan iman kembali!

Dan buat para gadis, bagaimana pula untuk menjadi muslimah sejati?

1. Labuhkan tudung. Kalau sebelum ini tudung tidak menutup dada, labuhkanlah sehingga ia tidak lagi mempamerkan bentuk perhiasan itu. Andai berselendang, pastikan selendang itu tidak jarang sehingga menunjukkan garisan leher dan warna kulit.

Cadangan:
Mengikut pengalaman penulis, selendang Pashmina agak panjang & labuh dan jika pandai memakainya, ia menutupi bahagian yang wajib ditutup melebihi garisan pusat. Lebih bagus sekiranya selendang itu direka dan dijahit sendiri kerana ia lebih menepati citarasa pemakainya.

2. Tidak memakai kasut bertumit tinggi (wedges/high heels). Memakai kasut bertumit tinggi dikategorikan dalam kategori bertabarruj (berhias dgn melampau-lampau). Lagipun, ia memberi kesan yang tidak baik pada kesihatan bukan? (knee & back problems, uncomfortable etc). Tidak mengapa andai tidak cantik di mata manusia, namun biarlah cantik di mata Allah! :)

3. Tidak memakai pakaian yang mendedahkan aurat dan juga pakaian yang ketat. Seboleh-bolehnya, biarlah pakaian itu labuh hingga ke lutut. Bukankah ia kelihatan lebih manis buat si gadis? ^_^

4. Tidak memakai make up berlebih-lebihan. Boleh dikatakan, sudah menjadi trend sekarang ini untuk memakai eyeshadow berwarna warni - biru, hijau, merah dan sebagainya. Trend ini semakin menjadi akhir-akhir ini - seiring dengan rancaknya pencarian model muslimah.

Sekiranya ingin memakai make up, pakailah dengan tidak menonjol ataupun terang warnanya. Bersederhanalah dan ketahuilah bahawa kecantikan semulajadi itu lebih cantik sebenarnya - tidak memerlukan efek khas berwarna biru, merah, hijau pada wajahmu itu.

nak jadi wanita atau muslimah solehah bukanlah susah... 


❖ Andai sebelum ini tudung tidak menutupi bahagian badan yg seharusnya, jom kita labuh-labuhkan.

❖ Andai sebelum ini baju ketat menampakkan bentuk badan, jom kita longgar-longgarkan.

❖ Andai sebelum ini make up terlalu tebal sehingga menyebabkan tabarruj, jom kita kurang-kurangkan.

❖ Andai sebelum ini ada gambar yg menayangkan aurat di Facebook, jom kita buang-buangkan.

❖ Andai sebelum ini ada terlibat dgn aktiviti modelling yg diharamkan, jom kita henti-hentikan.

✿ Wanita yang cantik ialah wanita yang menjaga diri dan akhlaknya ✿

Tak perlu mengharapkan pujian dari orang sekeliling. Simpan kecantikan itu untuk suami, dan tunggu 



sahajalah pujian dari para bidadari di syurga nanti.. 



moga perkongsian sempena maal hijrah memberi manfaat pada anda semua...



setiap detik degupan jantung ingat ALLAH..ALLAH..ALLAH.. senyum :)


untuk si cuya
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

1 comment:

Hamba Allah SWT said...

sangat indah....Moga dipraktikan oleh setiap muslimah

26 November 2011 at 11:31

Post a Comment

Newer Post Older Post Home
ASSALAMUALAIKUM
 yang singgah ^_^
HOME

NUKILAN CUYA

KISAH KAHWIN

REVIEW PRODUK

INILAH SAYA

SAYALAH TUAN BLOG
Shahidatul Asyura Zahari
20
1 February
HAPPILY MARRIED
wife- to - Mr.Eddy
Daisypath Anniversary tickers

FACEBOOK

please do like.ukhwah maya

TWITTER

do follow.mekaceh
Follow @ShaRazahary

BANNER

kalau sudi tampal kat blog korang k..
copy kod bawah ni taw :)

LIBRARY CUYA

yang best dimata cuya
Photobucket
Yana Aina
Photobucket Photobucket Photobucket

THE BEST!!

MY FOLLOWER