Entah mengapa kaki ini terasa berat untuk melangkah.. berat untuk melangkah pergi demi meninggalkan insan yang tersayang..dek kerana ingin melupakan kisah silam ..waktu yang singkat menjadi panjang..peredaran siang dan malam pun terasa tiada putarannya..asalnya di sini, penuh dengan rahmat kasih sayang allah.. di sini, penuh dengan ketenangan.. sudah berhari-hari kaseh beristikharah.. istikharah demi petunjuk yang lebih baik buat dirinya dan juga orang yang tersayang.. sama ada dia harus melangkah pergi dengan sinar dan harapan yang baru atau setia menunggu apa yang selama ini di tunggu…. Bila hati yang resah mula meronta dan juga kaki yang berat masih berkudrat untuk melangkah, jiwa yang kosong pada asalnya terisi dengan semangat istikharah yang allah sudah tunjukkan…tapi perancangan manusia tidaklah sehebat perancangan allah…
“kaseh… awak dah fikir masak-masak ke dengan semua ni? Tanya alif.. “ hm..kaseh rasa inilah jalan yang terbaik alif.. kaseh asyik terbayang muka arwah.. kaseh rindu pada arwah khafi.. kaseh tak kuat dekat sini alif.. kaseh dah istikharah..dan allah dah tunjukkan pada kaseh…” kaseh menjawab penuh sayu kerana teringat pada arwah suaminya….Kahfi… cinta pertama dan terakhirnya…
“habis,macammana dengan kandungan kaseh ni? Mampu ke kaseh nak jaga seorang diri? “ tanya alif lagi… “ alif..kaseh dah tak ada siapa-siapa dekat sini.. khafi,ummi dan abah dah tinggalkan kaseh… kaseh hanya ada ini….” Sambil mengusap janinnya yang baru hidup dalam dirinya…. Akhirnya kaseh meninggalkan alif seorang diri… dan kaseh membawa diri demi mencari sinar dan harapan baru untuk dirinya dan juga untuk zuriatnya…
Kini kaseh mampu tersenyum..kehidupannya kini makin tenang dan bahagia bersama zuriat kahfi yang kini sudah pandai berlari kesana ke mari… wajahnya saling tak tumpah wajah arwah kahfi.. perangainya yang tidak banyak ragam juga macam kahfi.. tenang sahaja… itulah khalish imani yang setia bersama ibunya selama 5 tahun..
Kaseh dan khalish sering menghabiskan masa menghirup udara segar yang masih tidak dicemari..udara segar yang tidak ada di Malaysia… Cambrigde..united kingdom.. di sini lah tempat kaseh membesarkan khalish tanpa seorang ayah.. sedang asyik berjalan sambil melayan khalish imani yang sedang berlari-lari mendapatkan burung merpati putih ,ada suara yang menyapa mereka… tatkala itu khalish sudah khusyuk mengejar dan menerbangkan semua merpati yang ada…
“assalamualaikum kaseh…” “waalai.......” belum sempat habis menjawab salam ,kaseh terpaku melihat gerangan lelaki yang berdiri dihadapannya saat ini… “ waalaikumsalam alif” ketika itu barulah senyuman lebar diberikan pada pemilik salam… lama sungguh tidak bertemu dengan alif.. sahabat karib arwah suaminya,khafi…. Hampir 6 tahun lamanya tidak berjumpa.. rancak mereka berbual.. kini kaseh mampu tersenyum lebar .. tidak seperti 6 tahun yang sudah..meninggalkan alif dengan kesedihan dan semangat yang hilang entah ke mana…
Khalish imani… duduk termangu di hadapan tasik yang tenang itu… berteleku dia sebentar… ekspressi muka yang terpancar bukanlah satu ekspressi yang positif… khalish murung dan termenung… apa yang ada difikirannya masih tidak dapat diluahkan…. Kaseh mendekati dan memeluk erat zuriat tunggalnya itu.. “ khalish… why you look moody sayang?” soalan ditanya dengan penuh kasih sayang…. “ ibu… why khalish dont have papa? All my friends have papa.. can you get one papa for me ibu? Please ibu khalish want papa…”menarik muka dan muncungnya kehadapan.. kaseh hanya tersenyum melihat kerenah anaknya itu… kefasihan bahasa inggeris yang digunakan khalish membuatkan alif tersenyum sedikit.. seronok melihat anak cerdik yang saling tak tumpah macam arwah khafi.. Kaseh hairan… sejak bila anak nya pandai bertanyakan soalan yang sebegitu… mungkin juga khalish sering melihat satu keluarga yang lengkap yang bersiar-siar di taman.. mungkin juga khalish sering melihat adegan satu keluarga lengkap dari sahabat- sahabat sekolahnya.. khalish pun makin membesar dan sudah pandai berfikir…
“sayang… let me introduce someone… this is uncle alif.. salam uncle sayang..” kaseh tersenyum .. khalish menyambut salam alif.. walaupun dia dibesarkan di kota yang tiada adat melayunya,tapi kaseh tetap mengajarnya tentang budaya melayu..hormat orang yang lebih tua. Selepas bersalaman dengan anak cerdik itu, alif memberi satu ciuman di pipi khalish… khalish hanya terpaku dan merenung lama anak mata alif… seolah-olah saat itu ada aura kasih sayang yang mengalir dalam diri anak kecil itu… lalu khalish merangkul jari kasar alif dan jari mulus ibunya supaya meneruskan perjalanan di sekitar tasik… umpama keluarga yang lengkap.. khalish kini tersenyum hingga ke telinga…
3 bulan kemudian… di taman yang sama…
“ ibu.. can uncle alif be my papa?” tanya khalish pada ratu hatinya.. alif tersenyum apabila mendengar soalan khalish.. kaseh hanya mampu memandang alif.. malu mungkin.. dan soalan khalish di jawab.. “ khalish.. u have ibu right… uncle alif won’t to be your papa… kan uncle alif?? Menoleh pandangannya ke alif pula.. tapi tiada sebarang jawapan yang diberikan… alif menggapai tubuh anak kecil itu dan mendukungnya mesra… dan berlalu sambil bergurau senda dengan khalish yang cerdik itu…
Kaseh dibelakang hanya mampu tersenyum melihat kerenah mereka.. seronok rasanya.. tapi seronok itu hanya datang sebentar… kemudian datang pula persoalan .. adakah kaseh terlalu kejam sehinggakan tidak mahu memberikan seorang papa pada khalish? Tidak.. kaseh tidak kejam.. Cuma itu masih menjadi rahsia allah… jodohnya untuk menggantikan khafi masih menjadi rahsia.. kaseh tidak jemu melakukan istikharah demi anaknya… demi seorang papa untuk anaknya…
Suatu hari kaseh dan alif bertemu dan berbincang di Alpha kindegarten… dihadapan sekolah khalish . memandangkan ada waktu yang berbaki sebelum khalish tamat persekolahan. Mereka membincangkan tentang hati dan perasaan masing-masing.. kaseh memberitahu tentang istikharah yang dilakukan… dan alif juga begitu… petunjuk seolah-olah menyebelahi mereka…adakah ini satu petanda yang baik buat mereka bertiga? Mudah-mudahan…
Sebulan kemudian…
Tatkala kaseh sedang asyik mengemas biliknya.. kaseh terjumpa satu not yang bertulis.. tulisan tangan khalish… Lalu kaseh terus mendapatkan alif yang kini sah menjadi suaminya.. “ abang.. you should see this” sambil tersenyum manja…
Mereka hanya mampu tersenyum… bahagia saat itu… mereka mendapatkan khalish yang sudah lama mengintai mereka di belakang langsir berwarna kuning keemasan.. gelak tawa mereka dapat memecahkan Suasana yang sepi selama ini… kini khalish sudah ada papa.. dan juga ibu.. hidup mereka bertiga kini lebih bermakna dan lebih bahagia.. mungkin ini berkat amanah arwah khafi pada alif…..
“ alif.. kau tolong jagakan isteri aku jika aku dah tak ada nanti.. kau tahu kan aku tak boleh hidup lama…aku tak sempat nak tengok zuriat aku membesar… janji ya alif… jagakan kaseh untuk aku….”
“aku janji khafi..aku janji…. “
Amanat inilah yang membuatkan alif bersetuju memilih dan menjaga kaseh yang kuat tan tabah mengharungi liku-liku kehidupan.. yang pastinya arwah khafi sudah tenang di sana kerana amanatnya telah tertunai… inilah jodoh.. dengan siapa.. dimana..bukan kerja kita…ini semua rahsia allah….
Insyaallah…
Author : cuya
3 comments:
Waaah.. Boleh tahan jgk crite ni. Slalunya mcm tu la.. Org yg kita cinta, dia msti akn pstikn kita sntiasa dlindungi bila wlaupun dia dh takde lg.. Yes, jodoh tu rhsia Allah SWT. Kita hnya mampu brusaha dan trus berdoa'..
tq SIS AL.. :) yup..ciua agreed with u... even die dah tak hidup dengan kita tapi die sentiasa nak lihat kita bahagia..
best la citer ni....tp, bab istikharah kan...kena solat 5 waktu cukup..fahami bacaan dalam solat...khusyuk..barulah istikharah tu tiada gangguan anasir luar seperti mainan mimpi atau pun bisikan syaitan...mcm pemuda ni yg da nk kawin seminggu, then nak batalakn perkahwinan sebab dalam mimpi nampak perempuan lain...lelaki ni pun gi jumpe ustaz...ustaz tanya...solat kamu cukup tidak? bacaan dalam solat semua faham maksud?
Post a Comment